Our Services

1. Silkscreen Printing
 
Silkscreen adalah teknik percetakan yang paling lazim digunakan pada kemeja-T. Pelanggan boleh memilih produk baju T-shirt dan mencetak mengikut kreativiti melalui teknik ini, dan ia boleh tahan lebih lama  berbandingkan teknik percetakan yang lain pada masa ini. Ia menggunakan kain jenis sutera ditenun untuk menyokong  dakwat foto emulsion yang akan menyekat dye. Blok yang telah siap akan membentuk kawasan terbuka jaringan yang  akan mindahkan dye atau lain-lain bahan yang dicetak yang boleh ditekan melalui benang kain yang membentuk imej yang tajam ke atas permukaan. Squeegee digerakkan di seluruh kain skrin, memaksa dye melepasi benang jaringan tenunan di kawasan terbuka.
Harga
Foto emulsion dan kain skrin diperlukan untuk membuat cetakan silkscreen, dan tempahan dengan kuantiti yang banyak boleh memjimatkan  kos percetakan anda. Jika anda hanya menenpah dengan kuantiti yang sedikit kosnya akan menjadi lebih mahal. Jika corak yang anda ingin cetak terdapat banyak warna ia memerlukan banyak blok untuk mencetak corak tersebut.


2. Embroidery
 
Sulaman adalah satu proses dimana mesin jahit atau mesin sulaman digunakan untuk menghasilkan corak pada kain. Ia digunakan secara komersil dalam penjenamaan produk, pengiklanan korporat, dan pakaian seragam. Ia juga boleh digunakan untuk menjahit logo pada untuk kegunaan sendiri.
Mesin sulaman yang paling moden menggunakan kawalan computer untuk menyulan logo pada kain. Mesin sulaman industri mengabungankan jahitan sulaman mesin yang mempunyai bingkai yang memegang kawasan kain yang ditegang di bawah jarum jahit dan ia bergerak secara automatik untuk mencorak logo dari corak sulaman program pra-digital.
Langkah-langkah asas untuk membuat sulaman dengan mesin sulaman berkomputer adalah seperti berikut:
   1. Mencorak logo sulaman reka bentuk fail digital
   2. Mengedit reka bentuk atau menggabungkan dengan reka bentuk yang lain
   3. Memuatkan fail reka bentuk akhir ke dalam mesin sulaman
   4. Menengankan kain kain/baju dan letakkan kain dibawah jarum mesin sulam
   5. Memulakan dan memantau mesin sulaman

3. Heat press
Apakah Pemindahan Haba/Heat Press?
Percetakan Heat Press adalah kaedah memindahkan corak yang dikehendaki melalui haba ke atas kain atau baju. Terdapat dua cara untuk memindahkan corak dengan kertas transfer dengan mengunakan dakwat pencetak inkjet di cetak keatas kertas transfer. Kami menggunakan kertas, plastik, kain yang sesuai dalam proses percetakan heat press. Kami menggunakan mesin heat press yang sesuai dan kertas transfer (yang dibuat di USA), yang boleh dicetak pada pakaian warna gelap atau substrat dalam kualiti foto. Haba yang ditekan keatas kertas transfer berlogo di atas kain baju t-shirt dan ia tahan lama jika dibasuh.